Webinar Nadi X Cybersecurity – Bagaimana Akaun Social Media Anda Boleh Digodam!
24 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 April 2026, hari Khamis – NADI Bengoh telah menganjurkan program NADI x Cybersecurity Lifelong Learning: Bagaimana Akaun Social Media Anda Boleh Digodam! secara dalam talian melalui platform LMS Cybersecurity pada hari Khamis, bermula dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Program tersebut telah disertai oleh dua orang peserta tempatan yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin meningkat, khususnya berkaitan risiko penggodaman akaun media sosial. Sepanjang sesi berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai teknik yang sering digunakan oleh penggodam seperti phishing, penggunaan kata laluan yang lemah serta perkongsian maklumat peribadi secara berlebihan di platform media sosial.
Selain itu, peserta turut diberikan panduan mengenai langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil bagi melindungi akaun media sosial mereka, antaranya mengaktifkan pengesahan dua faktor, menggunakan kata laluan yang kukuh serta sentiasa berwaspada terhadap pautan atau mesej mencurigakan.
Diharapkan program seperti ini dapat membantu masyarakat setempat meningkatkan pengetahuan dalam aspek keselamatan digital serta mengamalkan penggunaan media sosial secara lebih selamat dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: